Tentang

Hai..Jom Berkenalan Dengan Seri Anggun.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertama sekali saya ingin perkenalkan diri..
Nama saya Ayla Ruhaila korang boleh panggil Ayla je. Ringkas.

Oleh disebabkan minat Ayla pada penjagaan kulit wajah dan masakan.
Maka terciptalah satu blog ni untuk Ayla kongsikan cara penjagaan kulit dan resepi masakan dengan Korang semua mengikut cara dan citarasa Ayla sendiri.

Ayla akan kongsikan pengalaman semasa muka Ayla teruk oleh disebabkan penggunaan skincare yang salah. Bahasa mudahnya produk muka yang mengandungi merkuri.

Cara penjagaan kulit dengan menggunakan bahan yang tersedia ada di dapur je.
Mudah dan senang sangat sebenarnya..Nantikan!!

Resepi masakan yang Ayla kongsikan ni pulak sangat sesuai untuk korang yang baru nak belajar dalam masakan. Ataupon yang mencari dan ingin mencuba resepi resepi baru.
resepi yang Ayla kongsikan adalah resepi yang diolah sendiri, ada juga dari warisan keluarga dan rakan2 yang mempunyai minat sama.

Apa yang paling penting dalam masakan adalah RASA.
Rasa yang boleh memikat hati mertua..Bak kata orang boleh buncit Perut laki la.. Haha..Panjang pulak kalau dah membebel kan.. Okay cukup smpai sini je pengenalan dari Ayla..

Indah bunga bewarna putih,
Burung merpati beterbangan megah,
Ayla ucapkan terima kasih,
Salam perkenalan pada yang singgah.

Author

ayla@serianggun.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *